Pages

Subscribe:

Thursday 8 March 2012

Sejarah Penting Kaum Yahudi Mengikut Kronologi



      Assalamualaikum para pembaca sekalian. Insyaallah di harapkan semuanya sihat2. Topik hari ini bagi saya amatlah penting kerajaan bagi saya, topik hari ini umpama benih utama bagi kita mengenali kaum Yahudi ini yakni sejarah mereka. Jika para pembaca  sekalian mengamati semua sejarah2 kaum Yahudi, pastinya para pembaca sekalian akan timbul sedikit rasa kasihan terhadap kaum Yahudi terdahulu... Jom sama2 kita baca sejarah kaum ini.


       Susur galur bangsa Yahudi di percayai bermula pada tahun 1000 sebelum Masihi lagi. Keturunan Nabi Yaakub melahirkan para nabi selepasnya di akhiri dengan Nabi Isa A.S. Nabi Muhammad S.A.W  pula berketurunan Nabi Ibrahim A.S  dan Istrinya Siti Hajar serta Puteranya iaitu Nabi Ismail yang mendiami Mekah bersama puak Jurham. Mereka mula mendiamai kawasan sekeliling punca air Zamzam dan seterusnya berkembang maju sehingga ke hari ini.    Sejarah awal Bani Israel banyak tertulis dalam al-Quran khususnya sewaktu zaman Nabi Musa.Di ceritakan tentang sifat kufur mereka pada Tuhan dan cinta mereka dunia terhadap dunia. Mereka juga dikenali sebagai bangsa yang tidak tahan uji, memungkiri janji dan terkenal sebagai bangsa pembunuh para Rasul. Pada awal sejarahnya, bania Israel mendiami beberapa wilayah termasuk Mesir dan kemudiannya berpindah-randah sehingga mereka tinggal d Lembah Juressalam atau Baitul Maqdis, Palestin. Mereka juga bermastautin di situ bersama para nabi. Di situ juga berlaku cubaan bunuh ke atas nabi Isa yang di dalangi oleh Yahudi.
·    
                    Rekod lain menyatakan, Jerussalem adalah tempat mastautin bangsa Yahudi, terletak di bawah kekuasaan Babylon. Antara pemerintah yang di kaitkan dengan Yahudi adalah Nebuchanezzar(604-561 S.M). beliau amat marah apabila wakilnya yang di hantar ke Jerussalem di bunuh oleh orang Yahudi dan beliau bertindak meruntuhkan dan menawan Jerussale. Manakala ramai penduduk di situ di bunuh, di tawan dan di bawa ke Babylon.  Antara yang menerima seksaan dari raja tersebut adalah Nabi Danial. Akibat tidak dapat menahan seksaan tersebut, Nabi Danial berdoa kepada Allah supaya member petunjuk kepada raja itu. Lantaran itu, Allah menukarkan Raja Nebuchanezzar kepada seekor haiwan berkepala Serigala dan berbadan Lembu dan hidup liar di hutan selama 40 hari. Selepas itu, beliau bertaubat dan memerintah selama 7 tahun.  Beliau berhasrat melantik Nabi Danial sebagai pengganti beliau namun di tolak dengab sopan oleh Nabi Danial. Di rekodkan juga bahawa Raja Nebuchanezzar adalah cucu kepada Raja Namrud yang memerintahkan utk membakar nabi Ibrahim kerana angkuh dan benci terhadap dakwah yang di bawa oleh Nabi Ibrahim. Pada tahun 538 S.M, Babylon mengalu-alukan  tentera Parsi yang di pimpin oleh Cyrus. Cyrus membenarkan seramai 50000 org Yahudi yang tinggak dlm buangan di Babylon kembali ke Jerussalem. Mereka tidak melepaskan peluang ini dan kembali segera ke Bandar tersebut para nabi yang di utus pada masa itu adalah Nabi Ayyub dan Zakaria seperti yg dinyatakan dalam Catholic Encyclopedia: History Of Jews.  Pada zaman ini, tapak Wall Of Jerussalem atau Dinding Ratapan(Wailing Wall) di bina.

·       


                          Selepas itu, Babylon di takluki oleh Alexander The Great yg meninggal dunia pada 323 S.M.  Beliau menduduki Darius III. Penaklukan itu mendedahkan hubungan secara langsung antara Tamadun Greek dan Yahudi.  Pada zaman Rom di perintah oleh Jilius Ceaser, Herod di lantik sebagai wakil Julius. Herod membawa kecemerlangan kepada bangsa Yahudi sebelum ia di pimpin oleh nabi Isa A.S.Sehingga ke zaman pemerintahan Calligula(37-44 A.D), orang Yahudi hidup dalam keadaan aman damai. Namun, Calligula memerintahkan orang Yahudi member imbuhan kepada kerajaan beliau. Arahan ini di tentang oleh orang Yahudi dan mereka berhadapan dengan bahaya perang. Namun mereka bernasib abik kerana Calligula sendiri terbunuh sebelum perang bermula.Pembunuhan dan penyingkiran terus berlaku ke atas orang Yahudi di Babylon dan Jerussalem dari semasa ke semasa. Pada satu peringkat, mereka terpaksa berpindah ke Semenanjung Tanah Arab sekitar tahun 140 Masihi bagi mengelakkan kekejaman pemerintah Rom. Mereka mendiami  Yaman dan kemudiannya menjadikan Madinah sebagai pangkalan mereka di Semenanjung Tanah Arab serta beberapa kawasan lembah Mekah.Pada zaman permulaan Islam, Nabi Muhammad mendapati bangsa Yahudi Madinah sering mengkhianati Baginda dan menghalang usaha dakwah Islam secara keseluruhannya, Lalu bagindac menghalau semua bangsa Yahudi dari Madinah selepas pengkhianatan Yahudi menyokong Kafir Quraisy yang berhajat menyerang Madinah  dalam peristiwa Perang Khandak. Rasulullah  memerintahkan kepada orang Yahudi membayar cukai perlindungan hasil daripada pertanian penduduk Lembah Khaibar dan Lembah al-Qura.  
·       
                          Khalifah pertama Islam Sayidina Abu Bakar menggunakan pendekatan berlembut dengan orang Yahudi dengan hanya meneruskan dasar yang di laksanakan oleh Rasulullah. Tetapi, Khalifah Umar yg Berjaya meluaskan jajahan Islam sehingga ke Iraq,(Babylon), Parsi(Iran), Mesir dan Jerussalem  mengenakan sekatan meluas kepada orang Yahudi. Walau bagaimana pun , sekatan itu tidak di laksanakan sebaliknya Khalifah Umar  member peenghargaan  dan beberapa kelonggaran kepada orang Yahudi di Babylon kerana membantu menakluki Parsi. Pada zaman Khalifah Ali, Yahudi mempunyai struktur masyarakat yang lebih tersusun. Mereka di benarkan membuka sekolah pengajian kitab Talmud.Di Eropah, nasib bangsa Yahudi jauh lebih buruk. Mereka terus di pinggirkan dan di hina walau di mana mereka berada. Di sepanyol, kerajaan Kristian melarang sama sekali bangsa Yahudi daripada memiliki tanah dan rumah. Malah, tidak di benarkan berdagang dan berjual-beli dengan penganut Kristian.Apabila komplot yang di sokong Yahudi bagi menjatuhkan kerajaan Egicadi dedahkan, seluruh bangsa Yahudi di Sepanyol di jadikan hamba. Anak mereka yg berusia tujuh tahun ke atas diberi pendidikan Kristian.Kemudian, Yahudi membantu tentera Islam menjatuhkan Raja Roderic pada Julai 711 Masihi. Kerajaan islam pimpinan Abdul Rahman ad-Dakhili yang melarikan diri dari Kerajaan Abbasiyah Berjaya mendirikan Kerajaan Islam Andalusia. Sebagai ganjarannya, orang Yahudi diberi kebebasan dam keamanan yang mereka impikan.
·        
             Di Perancis, mereka diberi lebih banyak kebebasan. Malah, mereka menikmati pelbagai keistimewaan di bawah pemerintahan Louis I (814-840 Masihi) apabila seorang doctor berbangsa Yahudi bernama Zedekiah dilantik sebagai penasihat sulit beliau.Di jerman, selepas terpaksa membayar cukai khas kepada Raja, akhirnya Henry II (1002-1024 Masihi) menghalau Yahudi yang tidak mahu bertukar agama dari Mainz.Bangsa Yahudi Eropah melalui sejarah Hitam mereka semasa Perang Salib(1096-1298 Masihi). Di seluruh Eropah, beratus Ribu bangsa Yahudi di bunuh oleh tentera Salib khususnya selepas Jerussalaem di tawan pada 15 Julai 1099 Masihi. Selepas itu, mereka melalui tempoh aman sehingga Perang Salib Kedua. Tentera Kristian di England melakukan Pembunuhan beramai-ramai ke atas Yahudi sempena pertabalan Richard I pada Septembar 1189 Masihi.  Pada tahun 1210, Yahudi di England sekali lagi menjadi mangsa kekejaman golongan bangsawan Inggeris di bawah pemerintahan Raja John Lackland dan harta kekayaan mereka di rampas oleh Exchequer. Kemudian Yahudi di Toledo, Sepanyol di hapuskan pada tahun 1212 Masihi.Pada abad ke-14, Perang Saudara yang melanda Jerman semasa pemerintahan Louis IV mengakibatkan Yahudi di Negara itu hidup penuh sengsara khususnya di kawasan Alsace sehingga Swabia. Pada tahun 1337 Masihi, Yahudi di Bavaria berhadapan dengan penghapusan etnik yang berleluasa sehingga ke Bohemia, Moravia dan  Austria walaupun cuba di halang oleh Benedict XII. Di Sepanyol, Henry III menyerang Bandar  Castile dan Aragon sehingga ke Pulau  Majorca dan memaksa ramai bangsa Yahudi menganut Kristian.
·        
               Keadaan di Perancis, Itali,England,Jerman dan Sepanyol tidak banyak berbeza sehingga mereka di halau keluar beramai-ramai dari Sepanyol pada penghujung abad ke-15. Meraka di usir keluar dari Itali pada tahun  1514 , Naples, tahun 1550,Genoa tahun 1569 dan semua Bandar kecuali Rom dan Ancona, tahun 1597. Mereka menetap di wilayah jajahan Uthmaniyyah.Mereka menikmat  hidup yang aman daripada layanan yang diberi khusus semasa pemerintahan Sultan Salim ll, pada tahun 1556 hingga 1574 dan Sultan berikutnya iaitu Sultan Amurath lll, Sultan Muhammad lll dan Sultan Ahmad l.Pada tahun 1580, orang Yahudi tiba di Amsterdam dan member sumbangan besar pada kekayaan dan kemakmuran Negara itu. Mereka juga mula di iktiraf  sebagai warga England sesudah di buang negeri sejak 1290.Di Poland, pemerintah Ukraine bernama Cossack menakluki Poland dan melakukan pembersihan etnik ke atas bangsa Yahudi pada tahun 1648. Dalam tempoh 10 tahun, di anggarkan seramai 200000 orang Yahudi di bunuh dan mereka hidup dalam keadaan  yang daif di Negara itu. Penglibatan benua Amerika bermula apabila mereka membantu Belanda menakluki Brazil pada tahun 1624. Selepas penaklukan Belanda berakhir pada tahun 1650, mereka bertabaran di merata tempat di benua itu seperti Guadalope, Martinique dan Cayanne dan ada juga pulang ke Belanda atau mendiami New Amterdam yang di kenali sebagai New York pada hari ini. Ini adalah generasi perintis yang mendiami New York sekarang.Pada abad ke-18, permusushan terhadap orang Yahudi mula berkurangan atas beberapa factor. Antaranya pengaruh mereka meluas yang di miliki Moses Mendelssohn(1726-1786). Begitu juga factor pembelaan berkesan oleh penulis beragama Kristian  bernama Dohm melalui karya beliau yang bertajuk Upon tha Amelioration of the Condition of the Jews. Beliau menyarankan bahawa kelongggaran tekanan dan penyisihan ke atas orang Yahudi seperti yang di laksanakan oleh Raja Austria Joseph ll di terima pada tahun 1781. Begitu juga di Perancis dan Prussia di mana Louis XVI dan William menghapuskan cukai kepala ke atas orang Yahudi.

·       
                      Revolusi Perancis pada tahun 1789 membuka peluang kepada bangsa Yahudi bertapak kukuh di Negara itu. Pada tahun1790, Majlis Parlimen kebangsaan memberi kewarganegaraan kepada bangsa Yahudi di ikuti oleh hak sivil pada tahun 1791Semasa Napoleon berkuasa, orang Yahudi mula mengukuhkan kedudukan mereka di England. Mereka mula mengumpul kekayaan yang tidak terhad bermula dari era ini. Hanya pada tahun 1858, dengan kuasa wang yang mereka ada  Berjaya menyelinap masuk ke Parlimen dan menghapuskan petikan pada fasal dalam perlembagaan Negara tentang hanya penganut Kristian sahaja di benar memegang jawatan. Selepas itu, bukan sahaja di England, malah di kebanyakkan Negara Eropah sekatan dan penyisihan terhapus sama sekali bermula dari tahun 1870.Kedamaian ini membuka peluang sekali lagi kepada mereka kembali ke Palestin. Bilangan mereka bertambah kepada 78000 orang pada penghujung abad ke-19 walaupun berhadapan dengan sekatan dan larangan yang di keluarkan oleh Kerajaan Uthmaniah. Theodore Herzl menggariskan Protokol Yahudi(Insyaallah akan di kongsikan kesemua Protokol 24 Yahudi oleh saya) dalam 1 persidangan Yahudi Antarabangsa di Basel,Switzerland pada tahun 1896.  Empayar British menggalakan penghijrahan orang Yahudi ke Palestin dari tahun 1917-1948 berdasarkan kepada Perjanjian Balfour 1917. Mereka dipengaruhi oleh Zionis yang melobi bagi mendapatkan penempatan tetap di Negara tersebut bagi melaksanakan cita-cita menubuhkan Negara sendiri sesudah mereka tidak di terima di Negara-negara lain. Perpindahan besar-besaran orang Yahudi ke Palestin terus berlaku apabila Nazi berkuasa di Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Penghijrahan orang Yahudi dari seluruh dunia masih lagi berlaku hingga ke HARI INI…!!!!


0 comments:

Post a Comment